Saturday, July 11, 2009

penonton bisu dan ahli gusti

saye kalau petang-petang mood nak mengimbau kenangan masa lalu menjadi-jadi.. macam petang semalam, duduk-duduk sambil makan biskut hup seng cicah teh O saye teringat zaman sekolah rendah dulu..

syakir (serius! bukan name penuh) ni kawan saye yang paling saye tak suke.. mamat yang gunting telinga saye tu la.. saye dendam dengan die sampai hari ni.. mase sekolah rendah darjah 3 tak silap saye.. die penah mencetuskan pergaduhan dengan seorang cikgu baru.. mestilah cikgu lelaki sebab kalau cikgu perempuan die akan berubah laku kepada lelaki yang tak normal..

cikgu yusman nama cikgu tu.. die ajar bahasa melayu darjah 3.. saye rase ilmu cikgu ni tak tinggi sebab setakat ajar bahasa melayu tu apa sangat la.. walaupun saye memandang rendah akan kredibilitinya sebagai cikgu bahasa melayu, saye tak pernah ketinggalan mengucapkan selamat pagi kat dia pagi-pagi hari..

hari tu saye tak tahu syakir kena sampuk dengan jin apa tah.. perangai dia memang menyakitkan hati sesiapa yang melihat.. ape tah lagi yang mendengar suaranya mengacau dan menjerit dalam kelas macam tarzan malaya jr.. tambahan pula, saye duduk mengadap muke die.. memang tak indah pandangan saye.. sekaligus menjejaskan prestasi pelajaran saye..

cikgu yusman masuk melangkah ke kelas.. die cuba berwajah garang tapi di sebabkan gigi yang agak terkeluar dari landasan mulut yang sepatutnya, wajah garang berubah menjadi A.R tompel jadian.. dia dengan kuasa guru mengarah kami keluarkan kerja sekolah yang dia bagi semalam.. semua budak kelas seramai 31 orang daripada 32 orang keluarkan buku latihan kecuali syakir.. dia buat dono je sambil main-main pengasah mamee saye (hadiah dari beli mamee)..

saye da nampak cikgu yusman menjeling-menjeling ke arah meja saye.. saye pasti cikgu yusman bukan jeling saye.. saye pelajar terbaek rambut sikat tepi.. prestasi setakat ini memberangsangkan.. cikgu yusman bergerak ke meja syakir.. minta keluarkan buku latihan.. dia buat tak tahu.. muka macam apa tah masa tu.. cikgu arahkan dia berdiri atas kerusi sampai habis 2 masa bahasa melayu.. dia berdiri.. sampai pertengahan masa, dia mula buat perangai..

dia tiba-tiba naik atas meja.. berdiri atas meja sambil melompat-lompat dengan cubaan mencapai kipas.. cikgu yusman menyinga.. marah-marahkan syakir.. tanpa di duga.. syakir turun dari meja.. menjerit sekuat hati.. CITA-CITA SAYA NAK BUNUH CIKGU!!!! lalu mencapai kerusi kayu, dia baling ke arah cikgu yusman.. tapi sebab dia kurus balingan dia hanya sejauh sepanjang pembaris pendek.. erti kata lain tak bergerak sangat la balingan tu.. mungkin sebab dia bukan pembaling cakera.. kelas diam seperti melihat perlawanan gusti yang penontonnya terdiri daripada orang-orang bisu..

cikgu yusman cuba menangkap syakir.. tapi tak berjaya.. kali ini cikgu yusman guna skill lain.. mungkin jurus silat cekak pinggang atau skill kalaripayat.. nah! berjaya.. cikgu yusman berjaya memeluk syakir dan melipat tangannya ke belakang persis polis menangkap penyeluk saku akibat menyeluk saku polis.. tapi yang mebezakan cikgu yusman dan polis adalah cikgu yusman tak cakap 'jangan bergerak. saya polis!'

syakir di heret (kenapa guna heret ye.. sebab sebenarnya tak heret pun.. saye tiru ayat berita) ke bilik guru besar untuk tindakan susulan.. kesannya, syakir d beri nasihat dan dapat cuti sekolah awal.. seronoknya dia..

kini pembelajaran seminggu kami aman tanpa syakir..

-------> kenangan kami bersama cikgu yusman (jangan cuba cari saye)<--------

:: yang dalam bulatan itu adelah beliau

p/s : belia benci syakir..

p/s lagi : saye tak jadi pergi bertapa.. musim hujan banyak pacat..

0 comments: