Friday, July 3, 2009

onde-onde dan kambing

aktiviti kekeluargaan hari ini adelah membuat kuih beramai-ramai..
peserta yang mengambil bahagian adelah seperti berikut :

- mak lang (sebagai kepala tukang masak, berpengalaman dalam jahitan sembat susup)
- mak ngah (ibu kepada 10 orang anak, pernah mengikuti kelas karalipayat)
- mak su (sangat pendiam dan kedekut hangit, hobi mengutip syiling untuk d tabungkan)


setelah perbincangan 4 penjuru, mereka bersepakat seperti penduduk kampung pening lalat untuk membuat 2 jenis kuih tempatan.. kuih yang d cadangkan adalah karipap dan onde-onde atau buah melaka.. alasan yang di berikan untuk kedua-dua menu ini adelah untuk menyeimbangkan khasiat..1 kuih goreng-goreng(karipap) dan 1 lagi kuih rebus-rebus (semestinye onde-onde)..

ops! kuih bermula d selang seli gelak tawa dan umpatan.. sambil menumbuk-numbuk adunan, mereka ketawa, mengumpat dan maki memaki sesama insan.. mak su selaku pembuat onde-onde kelihatan resah d hujung meja tepi jendela.. peluh betina mula menitik ke dalam adunan.. dia buat tak kisah saje kerana dalam hatinya berkata, sedangkan peluh mamak roti canai pon orang telan.. inikan pula die melayu tulin..

haaa! konfem la ni.. tiba-tiba mak su bersuara.. sambil cuba mengalih perhatian yang lain dengan ikot serta buat karipap.. katanya, adunan onde-onde perlu d rehatkan sebentar bagi memastikan kesedapan..

tiba-tiba...

ketawa mereka di campur aduk dengan bunyi pekikan kambing.. bayangkan la sendiri bunyi kambing macam mane.. kali ni memang lain bunyi nya.. bising sungguh! pak su selaku gembala kambing tak senang duduk dengan ketidaknoramalan bunyi tu.. die begegas keluar lihat kambing kesayangannya..

seperti faham bahasa binatang, pak su menyuruh kambing buka mulut.. mestilah kambing tu tak buka sebab kambing tak paham pak su.. pak su menggunakan cara kekerasan.. kalo WWF tengok ni pak su bley d saman kerana mendera haiwan.. dan mungkin juga pak su d undang jadi penggusti jemputan melawan cactus jack..

pak su membuat aksi silap mata dengan memasukkan tangan ke dalam mulut kambing.. hampir 10 minit pak su mencari punca sumbang nya suare kambing tersebut, dia berjaya menjumpai sesuatu yang agak misteri..

pak su tahu salah die kerana terlupa bagi makanan kat kambing tu.. pak su sangat menyesal dengan apa yang d jumpai nya..

nah! sebiji onde-onde sebesar ibu jari kaki lelaki dewasa d lelangit kambing.. suare kambing beganti dengan suare pak su memarahi mak su atas kecuaian membuang onde-onde yang tak jadi d tempat yang salah..

mak su gentar apabila rahsia nya terbongkar.. mak su kini memasang tekad untuk belajar tentang kambing dengan lebih dalam.. ape yang boleh kambing makan dan tidak.. kerana dia tahu bakat masak nya tidak boleh d ketengahkan lagi..


p/s : jangan bekongsi onde-onde dengan haiwan peliharaan.. akibatnya mungkin bisu atau silap-silap time boleh becakap macam dalam cite oS tu..

0 comments: