Saturday, July 18, 2009

air batu lebih afdal..


dulu masa-masa jadi pelajar pusat pengajian tinggi memang kerap melepak kat kedai mamak.. tah apa yang syahdu sangat pun saya tak faham.. perasaan jijik-jijik dengan kumpulan misai mamak-mamak yang berbaju striking kebanyakan nya langsung tak wujud sama sekali.. bau hapak mereka semua sikit pun tak mematikan selera.. masa tu saya ada jugak syak mamak-mamak ni letak kas-kas dalam makanan dorang.. syak je la.. tapi melepak lagi kat situ..

masa saye part berapa tah, saye ada pergi ke shah alam sana.. melepak di rumah kakak saye.. biasa la kalau dapat duit tajaan merayap je la.. malam tu kakak saye bersama housemate nya buat plan melepak kat mamak yang berhampiran.. saye pun folow memolow la dia.. dressing lebih kurang, kami pun muv it muv it ke mamak..

saye macam biasa order teh tarik buih lebih, makan tak nak.. kakak saye teh o ais limau bergandingan bersama roti telur banjir.. kawan dia order air yahudi.. coca cola dalam tin.. makan plak makanan amerika sana.. nasik goreng u.s.a.. amerika betol..

setelah mamak tu dapat order sambil meninggalkan aroma kibas, kami beborak-borak kosong.. tak sempat nak masuk bab kesultanan melayu melaka, makanan suda mari.. pantas dan tuntas pekeja kat sini.. alah! mamak memang masak pantas dan cincai.. sedapnya belom tentu.. sebelum beredar, mamak tu bersuara versi india utara sana..

nais? <---- mamak

nice <------- member kakak (sambil mengangkat ibu jari tanda sedap).. padahal bismillah pun belum baca lagi.. pembohong betul..

nais? <----- mamak ulang soalan same

ye.. nice I cakap.. <----- member kakak mula bingit

adek manis, saya tanya mahu itu ais ka? minom sama itu coca cola.. <------ mamak menerangkan dengan lebih panjang lebar..

member kakak tidak bersuara kali ini.. cuma mengangguk tanda mahu air batu kiub..


salah mamak itukah yang pertuturannya tidak jelas atau telinga member kakak yang perlu di beri pemeriksaan susulan..

0 comments: